
Penyanyi Nuha Bahrin tidak terguris dengan gurauan netizen mengenai ketinggiannya yang sering dijadikan bahan jenaka di media sosial, malah digelar sebagai ‘Presiden Keychain’ merujuk kepada wanita bertubuh kecil.
“Kalau anda pendek, saya faham perasaan itu,” katanya.
Nuha Sakina Saiful Bahrin, 25, berkata bahawa gurauan tersebut tidak menyinggung perasaannya sama sekali. Sebaliknya, dia melihatnya sebagai satu penghargaan terhadap individu bertubuh kecil dan merasa dihargai.
“Kalau anda pendek, saya faham perasaan itu. Saya okey sahaja apa yang orang nak cakap tentang ketinggian. Sebenarnya saya gembira sebab perempuan renek-renek seperti saya ini merasakan ‘they belong to somewhere’. Jadi, kalau anda pendek, saya faham perasaan anda. Saya juga tidak terasa hati pun.”
Nuha Bahrin, ketika ditemui di acara XO House Party di Mutiara Damansara menyatakan bahawa dia tidak menganggap gelaran ‘pendek’ atau ‘ketot’ sebagai penghinaan. Sebaliknya, dia bersyukur dengan tubuh badannya yang rendah.
Penyanyi lagu “Lahali” itu juga menegaskan bahawa walaupun ada yang menggelarnya ‘keychain’, dia tidak terasa kerana menganggapnya sebagai kenyataan yang tidak perlu dibimbangkan.
Nuha menganggap komen netizen sebagai gurauan dan menghargai setiap reaksi yang diterimanya. Sebelum ini, dia sering mencuri perhatian melalui video kreatif di media sosial mengenai ketinggiannya.