Tempatan

Empat Keluarga Terselamat dalam Insiden Tanah Runtuh di Tatau

Tanah runtuh melibatkan tiga buah rumah terjadi di Kilometer 6, Jalan Sangan, Tatau, malam tadi, menyebabkan penduduk dinasihati berpindah ke PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan Tatau. (Gambar: JBPM Sarawak)

TATAU: Empat keluarga yang mendiami tiga kediaman di Kilometer 6, Jalan Sangan, terselamat selepas rumah mereka dihempap tanah runtuh lewat malam tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 11.57 malam dan segera mengerahkan satu pasukan terdiri daripada tiga anggota ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tatau.

“Setiba di lokasi, pasukan mendapati, runtuhan tanah berlaku di bahagian ruang tamu dan bilik utama salah sebuah kediaman terbabit, namun penghuninya sempat menyelamatkan diri.

“Siasatan awal kita mendapati, sebanyak tiga rumah terjejas, membabitkan empat keluarga dan 15 mangsa,” katanya.

Setelah menilai keadaan di lokasi, beliau berkata pihak bomba menasihati penduduk untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Tatau kerana situasi semasa masih berbahaya.

Ketiga-tiga keluarga, termasuk tujuh kanak-kanak, berpindah ke PPS menggunakan kenderaan persendirian manakala satu keluarga seramai dua orang berpindah ke rumah saudara terdekat, kata Tiong.

Related posts
ViralTempatan

VIDEO TULAR DI KLIA: MOHD SHUHAILY SEDIA TERIMA KEPUTUSAN KERAJAAN

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily…
Read more
TempatanUmum

UKM JELAS PELANTIKAN SHAHROL SHIRO SEBAGAI PENGAJAR SAMBILAN

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tampil memberikan penjelasan susulan pelantikan pelawak dan…
Read more
UmumTempatan

[BELASUNGKAWA] TUN DR SITI HASMAH, PERMATA NEGARA YANG KEKAL DALAM INGATAN

Pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh rakyat…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *