Umum

Manchester United malas kemuka rayuan insiden kad merah Casemiro

Susulan kad merah yang diterima, Casemiro (gambar) perlu menjalani penggantungan empat perlawanan domestik, sekali gus bermakna dia akan terlepas perlawanan suku akhir Piala FA menenentang Fulham hujung minggu ini

MANCHESTER United tidak akan mengemukakan rayuan terhadap penggantungan empat perlawanan yang dikenakan ke atas Casemiro selepas pemain itu dilayangkan kad merah sewaktu menentang Southampton hujung minggu lalu.

Semakan video bantuan pengadil (VAR) memastikan Casemiro selayaknya mendapat kad merah kerana terjahan berbahaya yang dilakukannya ke atas Carlos Alcaraz dalam babak pertama perlawanan di Old Trafford itu.

Pemain tengah itu turut dilayangkan kad merah sewaktu United menewaskan Crystal Palace 2-1 bulan lalu, sekali gus menjadi pemain pertama kelab itu menerima dua kad merah dalam satu musim Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas Nemanja Vidic menerima nasib sama dalam kempen 2013-14.

Kad merah keduanya dalam kempen kali ini menyaksikan Casemiro perlu menjalani penggantungan empat perlawanan domestik dan ia bermakna, dia akan terlepas perlawanan suku akhir Piala FA menenentang Fulham hujung minggu ini selain tiga aksi liga bertemu Newcastle United, Brentford dan Everton.

Pengurus United, Erik ten Hag, mempertikaikan keputusan berkenaan selepas perlawanan itu dengan mendakwa terjahan yang dilakukan pemain berusia 31 tahun itu “keras tetapi bersih” dan melabel keputusan itu sebagai “boleh dipertikaikan”.

United awal pagi tadi mengesahkan bahawa mereka tidak akan mengemukakan rayuan terhadap penggantungan pemain kebangsaan Brazil itu kerana berpendapat mereka “tidak memiliki peluang besar untuk mengubah penggantungan itu”.

Casemiro, bagaimanapun, dapat memperkuatkan United ketika mereka berkunjung ke laman Real Betis bagi perlawanan kedua pusingan 16 Liga Europa (UEL) pada awal pagi Jumaat ini, di mana The Red Devils akan membawa bekalan besar selepas mencatatkan kemenangan 4-1 di Old Trafford minggu lalu.

Manchester United on Twitter: “ℹ️ A decision has been made on whether the club will appeal @Casemiro’s suspension. #MUFC” / Twitter

Related posts
Umum

PDRM Guna Teknologi 3D Untuk Siasatan Semula Kes Teoh Beng Hock

Mohd Shuhaily keluar dari bangunan selepas melawat semula tempat kejadian siasatan kes Teoh Beng…
Read more
Umum

AI Seperti DeepSeek Dorong Pertumbuhan Pusat Data di Malaysia

Gobind Singh berucap pada majlis pelancaran teknologi 5G Advanced pertama Malaysia di portal my5G…
Read more
Umum

Anwar Ibrahim Terima Kunjungan Hormat Dr Omar Suleiman di Parlimen

Anwar menerima empat kunjungan hormat, termasuk dari Omar (gambar) di Bangunan Parlimen, Kuala…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *