K-POP

‘Happy Ending’, Episod Akhir ‘My Perfect Stranger’ Raih Rating Tertinggi

Selepas berminggu-minggu bermain perasaan penonton, akhirnya “My Perfect Stranger” telah pun menamatkan siaran kelmarin.

“My Perfect Stranger” menceritakan kisah misteri yang terungkap apabila seorang lelaki, mengembara ke tahun 1987 untuk mencari kebenaran di sebalik siri pembunuhan, lalu bertemu dengan seorang wanita yang mengembara melalui masa untuk menghalang perkahwinan ibu bapanya.

Menurut Nielsen Korea, episod akhir drama KBS ini meraih rating sebanyak 5.7% dan menunjukkan peningkatan 4.4% berbanding episod sebelumnya. Bukan itu sahaja, rekod ini merupakan catatan terbaik yang dicatatkan olehnya sepanjang tayangan.

Dalam episod terakhir ini, Hae-joon (Kim Dong-wook) dan Yoon-young (Jin Ki-joo) berjaya kembali ke masa depan dan meninggalkan masa lalu mereka. Malah masa depan mereka berubah serta-merta di mana pembunuh bersiri yang merupakan ayah Hae-joon berjaya ditangkap dan ayah Yoon-young juga boleh menggunakan kedua kakinya selain hidup bahagia bersama ibunya.

Pssttt.. Korang dah habis layan ke cerita ni?? Apa komen korang?.

Related posts
K-POPHiburan

‘Mentang-Mentang Handsome, Senang Je Dimaafkan’

Pelakon kacak Korea Selatan, Jung Woo Sung memohon maaf atas kontroversi yang melibatkan dirinya…
Read more
K-POP

K-pop Catat Lonjakan Penstriman Global: Pertumbuhan Terkini di Spotify

Kerjasama antara artis K-pop dan artis antarabangsa juga memainkan peranan penting dalam kebangkitan…
Read more
K-POP

Pelakon Yoo Ah-in Terima Hukuman Penjara dan Denda atas Kes Dadah

Pada Selasa (3 Sept), Yoo Ah-in dijatuhi hukuman penjara setahun kerana sering menyalahgunakan dadah…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *