Viral

Rata-rata Netizen Sebak Melihat Momen Bapa Tunaikan Hajat Anak Hidap Kanser Mandi Kolam

Seorang bapa sanggup mendukung anaknya yang sakit demi menggembirakan dan menunaikan permintaan untuk merasai pengalaman berada di dalam kolam mandi.

‘Tunaikan permintaan anakanda’

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan bapa kepada seorang kanak-kanak perempuan sedang mengangkat anaknya. Kanak-kanak itu dibaringkan di atas pelampung sebelum diangkat oleh bapanya ke dalam kolam.

@syukrilazizi

Assalamualaikum shbt Tt semua, sekadar perkongsian permintaan anaknda Nurul Jannah utk pergi kolam.Moga bukan yg terakhir papa & Ummi dpt tunaikan permintaan kamu ??

♬ Sayang Sampai Mati – Firman Khan

Assalamualaikaum sahabat TikTok semua, sekadar perkongsian permintaan anakanda Nurul Jannah untuk pergi kolam.

Dalam pada itu, sebagai bapa dia juga berdoa dan berharap agar itu bukanlah kali terakhir dia dapat menunaikan permintaan anaknya itu.

Semoga ini bukan kali terakhir papa dan ummi dapat tunaikan permintaan kamu.

Kanser saraf tahap 4

Tinjauan Lauk Tambah mendapati Nurul Jannah yang berusia 9 tahun adalah seorang penghidap kanser saraf Neuroblastoma yang kini berada pada tahap empat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet sebak melihat keadaan kanak-kanak tersebut dan mendoakan kesembuhan buatnya.

Sumber: TikTok

Related posts
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more
ViralTempatan

PETRONAS Dinobat Jenama Minyak & Gas Terkuat Dunia 2024

PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kukuh Di Dunia Pada 2024 KUALA LUMPUR: PETRONAS…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *