Umum

GrabFood Umum Perubahan Kadar Bayaran, Penghantar Makanan Resah Pendapatan Merosot

Pakar berpendapat bahawa kerjaya sebagai penunggang p-hailing hanya sesuai dijadikan sebagai kerja sampingan atau untuk tempoh jangka pendek, bukan sebagai pekerjaan tetap.

Syarikat penyedia perkhidmatan p-hailing, GrabFood Malaysia (GrabFood) telah mengumumkan perubahan kadar bayaran bagi penghantar makanan yang menimbulkan keresahan dan menyebabkan pendapatan mereka merosot.

Namun begitu, Grab Malaysia telah tampil menjelaskan bahawa struktur tambang penghantaran dan bonus baharu yang diperkenalkan bertujuan memastikan rakan kongsi penghantar yang menjalankan perkhidmatan di syarikat berkenaan dibayar secara adil.

Dalam pada itu, perkara tersebut mendapat reaksi daripada pelbagai pihak termasuk Pensyarah Kanan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr. Abdul Rahim Zumrah. Beliau berpendapat bahawa kerjaya sebagai penunggang p-hailing hanya sesuai dijadikan sebagai pekerjaan sampingan atau untuk tempoh jangka masa pendek bukannya sebagai pekerjaan tetap.

Mengulas lanjut, beliau menyatakan bahawa pekerjaan ini berisiko tinggi terutamanya dari segi keselamatan pekerjaan untuk jangka masa panjang.

Menurutnya, tiga cabaran utama pekerja penghantar makanan ialah ketiadaan kemudahan seperti perubatan, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), kelestarian pekerjaan serta kesukaran untuk membuat komitmen yang lebih tinggi seperti pinjaman bank dan membeli rumah.

Ada yang bersetuju pekerjaan itu boleh dilakukan secara tetap malah ada yang tidak bersetuju.

Related posts
Umum

PDRM Guna Teknologi 3D Untuk Siasatan Semula Kes Teoh Beng Hock

Mohd Shuhaily keluar dari bangunan selepas melawat semula tempat kejadian siasatan kes Teoh Beng…
Read more
Umum

AI Seperti DeepSeek Dorong Pertumbuhan Pusat Data di Malaysia

Gobind Singh berucap pada majlis pelancaran teknologi 5G Advanced pertama Malaysia di portal my5G…
Read more
Umum

Anwar Ibrahim Terima Kunjungan Hormat Dr Omar Suleiman di Parlimen

Anwar menerima empat kunjungan hormat, termasuk dari Omar (gambar) di Bangunan Parlimen, Kuala…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *