Kesihatan

Dr Asits Sanna: Masalah Gigi Berlubang Lebih Ketara di Kawasan Luar Bandar Sabah

Masalah kesihatan pergigian lebih kritikal di kawasan luar bandar disebabkan oleh diet yang tinggi gula serta kekurangan perhatian terhadap amalan pencegahan dan pemeliharaan kesihatan gigi.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr Asits Sanna talah melaporkan bahawa 94.1 peratus penduduk dewasa di negeri ini mengalami masalah gigi berlubang atau karies. Beliau menjelaskan bahawa Kajian Kebangsaan Kesihatan Mulut menunjukkan bahawa 82 peratus kanak-kanak berusia enam tahun dan 63.3 peratus murid sekolah berusia 12 tahun juga menghadapi masalah karies.

Kajian tersebut turut mendapati bahawa masalah kesihatan pergigian adalah lebih ketara di kawasan luar bandar, disebabkan oleh diet yang tinggi gula serta kurangnya penekanan pada amalan pencegahan dan penjagaan kesihatan pergigian.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sentiasa berusaha meningkatkan taraf kesihatan mulut penduduk di negeri ini. Pelbagai program yang menggalakkan amalan pencegahan sebagai rutin kehidupan telah dilaksanakan seperti memberus gigi dua kali sehari secara berkesan dan menggunakan ubat gigi berfluorida.

“Selain itu berkumur setiap kali selepas makan, mengamalkan pemakanan sihat, melakukan pemeriksaan mulut sendiri dan mendapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya setahun sekali sering dianjurkan mencegah penyakit pergigian,” katanya berucap pada penutup Minggu Promosi Kesihatan Pergigian di sini hari ini.

Dr Asits berkata, untuk meningkatkan akses kepada kemudahan kesihatan, JKNS telah memperluas perkhidmatan melalui jaringan Klinik Pergigian dan Klinik Pakar Pergigian termasuk Klinik Pergigian Sekolah, Klinik Pergigian Bergerak dan Pasukan Pergigian Bergerak.

Beliau juga menyatakan bahawa tahun ini, JKNS telah mendapat kelulusan untuk projek Rancangan Boleh Pinda Keempat Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang melibatkan perolehan tiga Klinik Pergigian Bergerak baru untuk daerah Penampang, Keningau dan Kudat.

“Di samping itu, kelulusan juga diperoleh untuk penubuhan empat Pasukan Pergigian Bergerak sebagai sebahagian peluasan perkhidmatan di Klinik Pergigian Kepayan, Klinik Pergigian Luyang, Klinik Pergigian Telupid dan Klinik Pergigian Tawau,” katanya.

Menurut Dr Asits usaha mengekang karies pergigian, pencegahan secara strategi populasi seperti pemfluoridaan bekalan air awam dan kumuran mulut berfluorida turut diperluas.

“Sejumlah 31 sekolah rendah dengan bilangan murid 2,970 orang secara konsisten mengikuti program kumuran berfluorida pada setiap minggu persekolahan di seluruh Sabah,” katanya.

Dr Asits berkata, melalui usaha ini diharapkan lebih ramai penduduk Sabah dapat menikmati kemudahan kesihatan pergigian, termasuk perkhidmatan penggalakan, pencegahan dan rawatan yang akan meningkatkan tahap kesihatan mulut di negeri ini.

Related posts
Kesihatan

Tahap Kesedaran Kanser Serviks di Malaysia Masih Rendah, Kata LPPKN

Tahap kesedaran yang rendah itu berpunca daripada beberapa faktor, termasuk stigma takut dan malu…
Read more
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more
KesihatanUmum

Tanduk bola tingkat risiko pemain bola sepak alami demensia - Kajian

Penyelidikan mendapati pemain bola sepak adalah tiga setengah kali lebih berkemungkinan mati akibat…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *