Hiburan

Que Haidar Sah Bercerai, Kekalkan Hubungan Baik Demi Anak-anak

Que Haidar mengesahkan perpisahan dengan Linda Jasmine selepas lebih 15 tahun mendirikan rumah tangga.

Pelakon dan pengarah terkenal Que Haidar mengesahkan perpisahan dengan pengarah tarian, Linda Jasmine setelah lebih 15 tahun hidup bersama sebagai suami isteri.

Mereka telah disahkan bercerai dengan talak satu pada 2 Julai lalu. Que Haidar yang nama sebenarnya Tengku Iskhan Sha Tengku Haidar 45 tahun, menyatakan bahawa keputusan untuk berpisah dibuat demi kebaikan bersama.

Menurut laporan media, Que berkata, meskipun mereka bercerai, hubungan mereka tetap baik dan mereka sepakat untuk terus memberikan sokongan antara satu sama lain demi kebajikan anak-anak mereka.

“Beliau turut menzahirkan rasa syukur kerana kedua-dua anak mereka, Tengku Ratu Haidar yang berusia 15 tahun dan Tengku Cleopatra Haidar yang berusia 12 tahun, cukup matang untuk menerima keputusan tersebut.”

Bagi beliau, sokongan bersama antara ibu bapa adalah penting untuk memastikan kebajikan anak-anak terjaga walaupun hubungan perkahwinan mereka telah berakhir.

Que juga mengambil pendirian untuk tidak mendedahkan punca sebenar perceraian mereka sebagai penghormatan terhadap privasi isu tersebut.

Menurutnya, tiada keperluan untuk berkongsi atau membangkitkan perkara yang mungkin merosakkan keharmonian hubungan baik yang masih ada antara beliau dan bekas isterinya.

Que dan Linda berkahwin pada 14 Februari 2009.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *