Viral

Berang Suami Kaki Judi, Wanita Nekad Bakar Suami

Kebakaran turut merebak ke dua buah rumah lain.

Seorang wanita di Alor, Nusa Tenggara Timur bertindak nekad membakar suaminya kerana marah dengan sikap lelaki itu yang gemar berjudi, lapor portal berita Tv One News semalam.

Timbalan Ketua Polis Alor, Komisioner Jamaludin menyatakan bahawa suspek dikenali sebagai HH, 35, berasa geram selepas memeriksa transaksi akaun bank suaminya.

Setelah mendapati suaminya telah membelanjakan sejumlah besar wang untuk berjudi dalam talian, suspek bertindak membeli empat botol minyak petrol.

Setibanya di rumah mentuanya, dia menyimbah petrol ke atas suaminya yang sedang tidur serta di sekeliling bilik sebelum menyalakan api.

“Mangsa mengalami kesan lecur teruk hingga 80 peratus dan kini dirawat di unit rawatan rapi di sebuah hospital tempatan,” kata Jamaludin.

Tambah Jamaludin lagi, rumah tersebut hangus terbakar sebelum api merebak ke dua rumah lain berdekatan.

“Dua buah motosikal dan sebuah kereta juga turut terbakar,” katanya.

Menurut Jamaludin, mangsa telah mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah kepada suspek selama dua tahun dan tidak membantu membayar hutang koperasi.

Suspek kini berdepan hukuman penjara selama 12 tahun atas tindakannya.

Related posts
Viral

DUA VERSI TRAILER KUDRAT 1968 CETUS TEORI PEMINAT, PENGAKHIRAN MASIH JADI TANDA TANYA

– Foto Astro Shaw – Trailer filem KUDRAT 1968: High Council mencuri perhatian apabila…
Read more
GosipKonspirasiViral

RAKAMAN DIDAKWA BERKAIT KES KHALWAT TULAR, DAKWAAN LIBAT BEKAS MENTERI BELUM DISAHKAN

Satu rakaman video tersebar di media sosial selepas didakwa mempunyai kaitan dengan kes tangkapan…
Read more
KonspirasiViral

DAKWAAN PEMUDA SERTAI RITUAL DI BATU CAVES TULAR, BELUM DISAHKAN SECARA RASMI

Seorang pemuda berusia 21 tahun menjadi perhatian selepas hantaran media sosial mendakwa dia…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *