ViralTempatan

‘Penduduk Nampak Serpihan Kain Kafan, Tulang & Batu Nisan’

Kawasan Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras sudah lama diancam akibat daripada masalah hakisan terutama ketika musim tengkujuh

Memetik laporan Bernama, sebanyak lima jenazah termasuk tiga yang masih berkain kafan terpaksa dikebumikan semula selepas dihanyutkan ombak pada Sabtu.

Ujar JPKK, penduduk kampung mula menyedari apabila terlihat serpihan kain kafan, tulang dan batu nisan.

Kejadian disedari penduduk kampung yang datang kira-kira 9 pagi tadi. Selain jenazah, ada serpihan kain kafan, tulang, batu nisan dan kepuk yang jatuh ke dalam air laut.

Penduduk berjaya bawak naik jenazah, kepuk dan kutip sebahagian kain kafan, yang lain mungkin telah dihanyutkan ombak ke tengah laut.

Waris yang terlibat juga telah dihubungi untuk menguruskan beberapan urusan seperti pemindahan jenazah.

Menurut Mohd Isshamuddin, kira-kira 200 kubur perlu dipindahkan segera kerana masalah hakisan yang semakin teruk.

Ujarnya lagi, benteng yang dibina lima tahun lepas sudah tidak mampu untuk menahan ombak yang besar.

Kebanyakan kubur di sini adalah kubur lama, lebih 70 tahun.

Tetapi jika musim hujan jenazah penduduk kampung akan tetap dikebumikan di sini kerana tapak baharu digenangi air.

Manakala, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata terdapat lapan kubur lagi akan dialihkan dalam masa terdekat bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Dalam pada itu, seorang waris terkejut apabila melihat keadaan kain kafan ibunya masih elok dan utuh terikat.

Tidak sangka walaupun sudah 12 tahun meninggal dunia, tetapi kain kafan arwah masih elok.

Related posts
HiburanViral

SYUK TOLAK PELAWAAN TOMOK SERTAI KONSERT NEW BOYZ, NAFI MERAJUK

Bekas pemain bass New Boyz, Syuk, menolak pelawaan Tomok untuk menyertai konsert kumpulan itu kerana…
Read more
Viral

DUA VERSI TRAILER KUDRAT 1968 CETUS TEORI PEMINAT, PENGAKHIRAN MASIH JADI TANDA TANYA

– Foto Astro Shaw – Trailer filem KUDRAT 1968: High Council mencuri perhatian apabila…
Read more
GosipKonspirasiViral

RAKAMAN DIDAKWA BERKAIT KES KHALWAT TULAR, DAKWAAN LIBAT BEKAS MENTERI BELUM DISAHKAN

Satu rakaman video tersebar di media sosial selepas didakwa mempunyai kaitan dengan kes tangkapan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *