
Baru-baru ini Jennie BLACKPINK telah membuat hantaran beberapa gambar di media sosial miliknya.
Di mana, peminat mendapati bahawa terdapat persamaan yang ketara di antara meja makan dalam satu gambar yang dihantar oleh Jennie dengan gambar meja makan yang pernah V BTS hantar di Weverse sebelum ini.
Malah bukan sahaja meja, tetapi pinggan berwarna putih dan coklat yang terdapat di dalam dua-dua gambar tersebut juga adalah pinggan yang sama.

Walaupun kekurangan bukti baharu, peminat mendapati bahawa pasangan ini masih lagi sedang gembira bersama. Apatah lagi selepas mereka didapati memakai pakaian yang sepadan dan memberikan petunjuk-petunjuk kecil melalui Instagram.
Berita mengenai hubungan percintaan di antara V BTS dan Jennie BLACKPINK ini mula hangat diperkatakan selepas video yang menunjukkan pasangan ini jalan bersama sambil memegang tangan di Sungai Seine, Paris tular di media sosial.