VideoTipsViral

Sepantas 5 Saat, Ni Cara Siang Ikan Guna “Chopstick” Mudah Je

Kredit: Syifa Jamil

Sebelum kita memasak hidangan yang berkaitan dengan ikan, ayam, udang dan lain-lain, kita pasti kena siang terlebih dahulu.

Kebiasaannya, mak-mak kita mesti akan gunakan pisau atau gunting untuk menyiang ikan, katanya lebih mudah dan cepat.

Sebenarnya terdapat satu cara yang lain, iaitu siang ikan menggunakan penyepit. Ye, penyepit yang biasa masyarakat Cina guna untuk menyuapkan makanan ke dalam mulut.

Kalau nak tahu, penyepit pun ada kegunaan lain iaitu bantu keluarkan isi perut ikan. Teknik ini lebih senang dan yang pasti sangat mudah untuk buang isi.

Menerusi video yang dibuat oleh Syifa Jamil di TikTok, dia berkata untuk buang isi perut ikan hanya perlukan dua barang sahaja.

Barang-barang yang diperlukan adalah penyepit dan juga berus gigi.

Menurutnya, kalau guna penyepit, perut ikan masih lagi solid, tidak lembik dan isi perut juga tidak terkeluar.

Senang cerita, memang cantik kejadiannya kalau siang ikan guna penyepit atau chopstick ini. Mari kita lihat bagaimana caranya di bawah ini.

Cara mudah siang ikan guna chopstick 

Kredit: Syifa Jamil

Yang pertama, masukkan kedua-dua chopstick ke dalam mulut ikan.

Kemudian pusingkan chopstick tersebut supaya isi ikan terlekat dan memudahkan untuk ditarik keluar.

Kredit: Syifa Jamil

Pastikan tiada satu pun semua isi yang kotor itu tertinggal di dalam perut ikan.

Periksa ikan untuk melihat ia bersih dari segala isi.

Seterusnya, ambil berus gigi dan cuci perut ikan itu.

Kredit: Syifa Jamil

Sekiranya tidak pasti sama ada ia bersih atau tidak, boleh gunting atau guna pisau untuk potong bahagian sisi ikan untuk melihat perutnya.

Kredit: Syifa Jamil

Memang sudah terbukti, cara ini sangat mudah dan paling senang untuk mencuci ikan. Bukan sahaja cepat tetapi perut ikan juga bersih.

Jadi, anda semua lebih suka menyiang ikan guna peralatan apa? Pisau atau gunting atau chopstick yang menjadi pilihan.

Tidak kisahlah guna yang mana sekali pun tetapi pastikan ikan tersebut bersih dari segala kotoran sebelum masak.

Kalau malas nak lagi mudah boleh sahaja minta tolong dengan penjual ikan itu untuk siangkan ikan yang dibeli. Mudah dan tidak membazir masa.

Semoga bermanfaat!

@bizdee

#siangikan tutorial siang ikan tanpa menggunakan pisau atau alatan yang tajam.. lepas ni dah boleh ajak anak join siang ikan kat dapur dah #siangikantanpagunapisau #carasiangikan #carasiangikankembung #ikankembung #fyp

♬ She Share Story (for Vlog) – 山口夕依
Sumber: @bizdee/Tiktok
Related posts
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more
ViralTempatan

PETRONAS Dinobat Jenama Minyak & Gas Terkuat Dunia 2024

PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kukuh Di Dunia Pada 2024 KUALA LUMPUR: PETRONAS…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *