Hiburan

Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin Serikan Perarakan Hari Kebangsaan dengan Uniform Maritim Malaysia

Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin tampil bergaya dalam uniform Maritim Malaysia sempena perarakan Hari Kebangsaan ke-67 di Dataran Putrajaya hari ini. Gambar: Instagram ERA – Muzik Hit Terkini

Di sebalik kesibukan menjalankan tugas sebagai penyampai pagi di ERA trio Nabil Ahmad, Azad Jasmin (Pak Azad) dan Radin turut hadir dalam perarakan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Dataran Putrajaya hari ini.

Ketiga-tiga penyampai terkenal itu tampil segak dalam uniform rasmi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Melalui perkongsian di Instagram era.je dan malaysia_coastguard, mereka tiba awal di lokasi dan turut menyertai rutin pasukan Maritim Malaysia.

Mereka bahkan melakukan push-up bersama anggota lain yang terlibat dalam perarakan tersebut.

Penyertaan mereka jelas menambah keterujaan orang ramai yang hadir untuk memeriahkan sambutan serta di kalangan netizen di media sosial.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *