
Baru-baru ini, pelakon Puteri Sarah menyatakan bahawa dia tidak akan rujuk kembali dengan bekas suaminya, Syamsul Yusof walaupun pengarah tersebut telah memfailkan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar.
Puteri Sarah, nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Kamaruddin mengaku enggan dikaitkan lagi dengan Syamsul.
“Saya hanya mampu ketawa sahaja. Tak rasanya (rujuk kembali). Cukuplah kami sekadar berkawan dan sama-sama menjaga anak.”
Enggan memberi komen mengenai kemelut rumah tangga Syamsul dan Ira, aktres tersebut menegaskan bahawa dia tidak mahu terlibat dalam urusan tersebut.
“Saya tak nak komen tentang itu. Tak baik dan saya sebenarnya tak nak ambil tahu.“
Dalam pada itu, ketika ditanya oleh wartawan mengenai isu tersebut, Sarah hanya mendoakan yang terbaik untuk pasangan berkenaan.
Untuk makluman, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof berkahwin pada tahun 2014 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Summayah, 5. Namun, mereka bercerai pada bulan Jun tahun lalu.