Viral

Kad Pokémon Paling Jarang Ditemui, Dilelong dengan Harga Mencecah RM1.48 Juta

Kad holografik “Pokemon Illustrator” keluaran Jepun 1998, yang memaparkan watak kartun ikonik Pikachu hanya mempunyai 39 salinan rasmi. (Gambar: Sotheby’s)

Kad permainan Pokémon yang paling diingini dan jarang ditemui dijual pada harga AS$360,000 (RM1,487,920) dalam lelongan Sotheby’s di New York pada hari Selasa.

Kad holografik “Pokemon Illustrator” keluaran Jepun 1998 yang memaparkan watak kartun ikonik Pikachu hanya mempunyai 39 salinan rasmi.

Selain itu, kad yang dilelong kali ini adalah satu-satunya kad yang diketahui ditandatangani oleh Takumi Akabane iaitu salah seorang daripada tiga pengasas permainan kad dagangan itu, menurut Sotheby’s.

Identiti penjual dan pembida yang berjaya tidak didedahkan. Kad-kad tersebut sebelum ini diberikan kepada pemenang pertandingan melukis yang dianjurkan oleh majalah Jepun, CoroCoro Comic pada tahun 1998.

Salah satu kad yang dianggap sebagai kad paling terpelihara telah dibeli pada harga AS$5,275,000 pada tahun 2021 dan diiktiraf oleh Guinness World Records pada tahun berikutnya sebagai kad Pokémon termahal.

Related posts
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more
ViralTempatan

PETRONAS Dinobat Jenama Minyak & Gas Terkuat Dunia 2024

PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kukuh Di Dunia Pada 2024 KUALA LUMPUR: PETRONAS…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *