Hiburan

Fattah Amin Akui Kesal Menipu Anak Mengenai Perpisahan

Fattah berharap dapat membesarkan Fatima bersama Fazura di masa hadapan.

Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin mendedahkan bahawa perkara yang paling disesali di tengah kemelut rumah tangganya selama beberapa bulan lalu adalah menipu buah hatinya, Nur Fatima Aisya yang berusia empat tahun.

Fattah menjelaskan bahawa Fatima sangat berharap dia dapat pulang ke rumah seperti biasa tetapi terpaksa berbohong kepada puterinya itu dengan alasan dia perlu keluar bekerja.

“Pada usia Fatima sekarang, saya rasa dia tidak sepatutnya melalui keadaan seperti ini. Saya rasa kesal dan kesian pada dia.

“Bila jumpa dia, dia gembira dan dia nak saya balik rumah. Fatima nak mommy dan daddynya, tetapi saya terpaksa tipu dia yang saya keluar dari rumah sebab kerja.

“Dia terus menangis sebab tidak mahu lepaskan saya, sehingga dia tertidur. Itu yang membuatkan saya kesal kerana terpaksa menipu dia,” ujarnya sebak.

Apabila disoal tentang hak jagaan anak, Fattah menjelaskan bahawa berdasarkan terma perjanjian yang telah dipersetujui, hak penjagaan sepenuhnya diberikan kepada Fazura. Namun, dia masih mempunyai hak untuk melawat dan bermalam.

“Saya akan terus bekerja seperti biasa dan misi utama selepas ini adalah untuk membesarkan Fatima secara baik, bersama,” akhiri Fattah.

Pada Isnin, Fattah dan Fazura telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Fattah yang dikenali sebagai Abdul Fattah Mohd Amin, 34 telah melafazkan cerai talak satu terhadap Fazura yang juga dikenali sebagai Nur Fazura Sharifuddin, 41, di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.

Sebelum ini, dakwaan tentang keretakan rumah tangga pasangan selebriti ini mula diperkatakan sejak Julai lalu namun spekulasi tersebut menjadi lebih jelas apabila Fazura memfailkan perceraian pada 13 September.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *