Hiburan

Siti Nurhaliza Janji Beri ‘Kejutan’ Sempena 30 Tahun Dalam Industri Seni

Siti Nurhaliza menyambut hari bahagia rakan seperjuangannya dari Indonesia, Rossa yang baru-baru ini melancarkan filem dokumentari All Access To Rossa 25 Shining Years.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa teruja apabila dijemput untuk menghadiri malam gala tayangan perdana filem biografi ‘All Access To Rossa 25 Shining Years’ baru-baru ini

Selain itu, Siti juga memuji usaha Rossa dalam berkongsi perjalanan hidupnya sebagai seorang artis melalui filem tersebut. Menurutnya, filem seperti ini patut ditonton oleh semua peminat seni tanah air, termasuk anak seni.

“Saya melihat ini sebagai satu biografi yang patut ditonton oleh seluruh peminat seni tanah air, malah anak-anak seni kena tengok juga.

“Usaha ini sangat bagus sebab dia ada peminat dekat seni. Jadi seorang anak seni bukan mudah dan kami dah lalui banyak cabaran dan dugaan,” katanya.

Dalam masa sama, sempena hampir tiga dekad dalam industri, Siti turut memberi bayangan bahawa dia akan melakukan ‘kejutan’ buat peminat.

“Saya hampir 30 tahun dalam industri. Dokumentari ni ada banyak. Saya teruja nak tengok Rossa punya dokumentari sebab nak tahu kehidupan dia sebagai anak seni dan seorang wanita.

“Mungkin boleh dapat inspirasi. Saya tengah kumpul idea sempena 30 tahun saya dalam industri. Bahan semua dah kumpul. Setiap orang pasti berbeza,” katanya lagi.

Sekadar info, All Access To Rossa 25 Shining Years mengisahkan liku-liku pahit manis perjalanan seni Rossa sejak awal penglibatannya pada tahun 1996 melalui debut Nada-Nada Cinta dan filem ini akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 18 Oktober ini.

Selain menjadi bintang utama, Rossa juga berperanan sebagai produser eksekutif bersama Irwan D. Mussry, P. Intan Sari, Yahni Damayanti dan Prilly Latuconsina.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *