Viral

Tesla Perkenal Kenderaan Swapandu Baru, Elon Musk Disaman Alcon Entertainment

Elon Musk telah disaman oleh Alcon Entertainment kerana menggunakan imej yang dihasilkan oleh AI semasa acara ‘We, Robot.’

Dua minggu lalu, dalam acara ‘We, Robot’, Tesla telah memperkenalkan dua kenderaan swapandu terbaru mereka iaitu Cybercab dan Robovan.

Dalam acara tersebut, Elon Musk menyentuh tentang masa depan yang seakan-akan filem fiksyen ‘Blade Runner’ dan menggunakan latar belakang yang menyerupai filem ‘Blade Runner 2049’ yang dihasilkan melalui teknologi AI.

Baru-baru ini, Elon Musk telah disaman oleh Alcon Entertainment kerana menggunakan imej tersebut tanpa kebenaran. Alcon Entertainment tidak hanya menyaman Elon Musk tetapi juga Warner Bros Discovery kerana hak ke atas filem Blade Runner 2049 termasuk imej-imej daripadanya dimiliki oleh Alcon.

Tindakan undang-undang ini diambil selepas permohonan mereka untuk menggunakan imej dari filem Blade Runner 2049 ditolak tetapi acara ‘We, Robo’ tetap menggunakan imej yang sama yang dijana semula dengan AI.

Walaupun tayangan filem tersebut dipegang oleh Warner, mereka hanya memiliki lesen dan tidak dibenarkan menggunakan imej untuk acara penstriman berskala besar.

Alcon Entertainment juga menegaskan bahawa mereka tidak mahu produk dan karya Blade Runner 2049 dikaitkan dengan Elon Musk dan Tesla kerana mendakwa jenama tersebut sering dipolitikkan dan kadang kala mengandungi ucapan kebencian.

Imej yang dipertikaikan adalah visual pandangan belakang Officer K yang dilakonkan oleh Ryan Gosling bersama kereta futuristik di latar belakang suasana masa depan fiksyen.

Alcon Entertainment tidak mendedahkan jumlah kerosakan yang mereka tuntut dari Elon Musk dan Warner Bros Discovery.

Related posts
HiburanViral

SYUK TOLAK PELAWAAN TOMOK SERTAI KONSERT NEW BOYZ, NAFI MERAJUK

Bekas pemain bass New Boyz, Syuk, menolak pelawaan Tomok untuk menyertai konsert kumpulan itu kerana…
Read more
Viral

DUA VERSI TRAILER KUDRAT 1968 CETUS TEORI PEMINAT, PENGAKHIRAN MASIH JADI TANDA TANYA

– Foto Astro Shaw – Trailer filem KUDRAT 1968: High Council mencuri perhatian apabila…
Read more
GosipKonspirasiViral

RAKAMAN DIDAKWA BERKAIT KES KHALWAT TULAR, DAKWAAN LIBAT BEKAS MENTERI BELUM DISAHKAN

Satu rakaman video tersebar di media sosial selepas didakwa mempunyai kaitan dengan kes tangkapan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *