Hiburan

Roy Ely, Pelakon Legenda Tarzan Meninggal Dunia

Roy Ely yang memainkan watak utama dalam siri televisyen popular Tarzan pada tahun 1960-an meninggal dunia pada usia 86 tahun. 

Pelakon yang terkenal dengan watak Tarzan dalam siaran televisyen di seluruh dunia Roy Ely telah meninggal dunia pada usia 86 tahun di rumahnya di Los Alamos, Santa Barbara, California pada 29 September lalu.

Beliau memegang watak utama dalam siri televisyen popular itu pada tahun 1960-an yang menampilkan aksinya bergayut dari satu pokok ke pokok lain dengan ditemani seekor cimpanzi.

Tarzan disiarkan di rangkaian televisyen NBC dari tahun 1966 hingga 1968 dan pada masa itu, Ely dilaporkan pernah mengalami patah beberapa tulang dan diserang haiwan buas akibat melakukan aksi ‘stunt’ sendiri.

“Dunia kehilangan seorang lelaki yang hebat,” kata anak perempuannya, Kirsten Ely, di media sosial. “Orang ramai menggelar ayah saya sebagai wira. Ada sesuatu yang benar-benar ajaib tentang dirinya.”

Selain watak Tarzan, Ely juga berlakon dalam beberapa siri televisyen pada tahun 1990-an dan pernah membintangi filem ‘Éxpecting Amish’ pada tahun 2014 di mana beliau memegang watak seorang penyiasat.

Related posts
Hiburan

Pelakon Bollywood Saif Ali Khan Ditikam Ketika Cuba Halang Penceroboh

Saif Ali Khan dilaporkan diserang dan ditikam di rumahnya pada awal pagi tadi. Pelakon Bollywood…
Read more
Hiburan

Amir Raja Lawak Kembali Berlakon Selepas Setahun Fokus Berniaga

Amir Raja Lawak kini sudah bersedia untuk kembali berlakon selepas setahun fokus berniaga. Pelawak…
Read more
Hiburan

Sufian Suhaimi dan Rania Al-Sadat: Cinta Lama Kembali Tertaut?

 Sufian Suhaimi berkongsi gambar Rania Al-Sadat dengan kapsyen ‘Masya-Allah Sayangku’ di…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *