Viral

Bekas Ketua SPRM Dedah Perihal Najib, Laksana Reformasi Tanpa Slogan

Latifah mengkritik kerajaan MADANI dengan memberi markah negatif 10 kepada kerajaan Madani. Sumber: Oh!Media

Bekas Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya, mengkritik keras pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendakwa bahawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, lebih berjaya dalam melaksanakan reformasi berbanding kerajaan semasa.

Latheefa menyatakan bahawa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) bukan sahaja gagal menunaikan slogan ‘Reformasi’, tetapi juga melakukan tindakan yang bertentangan dengan prinsip hak asasi yang pernah diperjuangkan. Dalam wawancara bersama Utusan Malaysia, beliau merujuk kepada pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa pemerintahan Najib sebagai contoh reformasi yang signifikan.

“PM Najib tidak melaungkan reformasi, tetapi kita lihat reformasi perundangannya. ISA dimansuhkan di bawah Najib, dan saya tak dapat bayangkan jika ISA masih wujud hari ini. Saya rasa kerajaan sekarang tidak akan mansuhkan ISA, malah akan memberikan alasan untuk mengekalkan akta tertentu seperti akta hasutan,” kata Latheefa.

Sebagai seorang peguam, Latheefa menyatakan pandangannya adalah objektif sebagai rakyat Malaysia. Beliau juga menyebut bahawa prestasi kerajaan semasa dalam reformasi undang-undang jauh lebih rendah berbanding pentadbiran terdahulu.

Related posts
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more
ViralTempatan

PETRONAS Dinobat Jenama Minyak & Gas Terkuat Dunia 2024

PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kukuh Di Dunia Pada 2024 KUALA LUMPUR: PETRONAS…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *