Viral

Marketing Lucah? Ini Respon Owner Donat ‘Berayaq Jet Lagi’ Selepas Dikecam

Perniagaan Donut Susu Berayaq mendapat kritikan kerana menggunakan marketing lucah. Sumber: Oh!Media

Tular di media sosial kini mengenai teknik pemasaran seorang usahawan donat yang didakwa menggunakan tagline berunsur lucah. Usahawan tersebut dikatakan menggunakan frasa “berayaq” dan “jet lagi” sambil membuat gerakan badan yang dianggap tidak senonoh.

Rata-rata netizen meluahkan rasa marah dan kecewa, menyatakan bahawa tindakan tersebut menjadikan produk makanan sebagai objek seksual. Terkini, netizen turut merakam respon usahawan tersebut terhadap kecaman yang diterima.

Dalam siaran langsung di TikTok, usahawan itu berjanji untuk berhenti menggunakan tagline tidak senonoh tersebut untuk memenuhi permintaan masyarakat. “Terima kasih yang tegur, saya dah cakap saya akan stop buat tagline tu. Puas hati?” ujarnya.

Usahawan itu juga mengakui kesilapan dan memohon maaf atas ketelanjuran, serta menyatakan kesediaan menerima teguran. Akaun mereka kini telah ditukar nama kepada “bertanah donut susu.” Dijelaskan bahawa “berayaq” merujuk kepada donat yang cair di mulut, “jet” bermaksud “terajang,” dan “cirit” bukan sebahagian daripada tagline mereka.

Berkaitan video yang tular, mereka menjelaskan bahawa ia hanya lakonan mengikut arahan, dan mereka memohon maaf jika ada yang tersalah tafsir.

Related posts
KonspirasiViral

DAKWAAN PEMUDA SERTAI RITUAL DI BATU CAVES TULAR, BELUM DISAHKAN SECARA RASMI

Seorang pemuda berusia 21 tahun menjadi perhatian selepas hantaran media sosial mendakwa dia…
Read more
HiburanViral

HANTARAN SYED SADDIQ BUAT BELLA BERTEMA ‘MENUA BERSAMA’, MERANGKUMI TUJUH HADIAH

Hantaran pernikahan Syed Saddiq kepada Bella Astillah membawa tema “Growing Old Together” atau…
Read more
GosipViral

BELLA ASTILLAH TANDA SUKA HANTARAN ‘TERIMA KASIH RUHAINIES’, CURI PERHATIAN NETIZEN

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah menarik perhatian apabila dilihat menanda suka sebuah hantaran…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *