Sukan

Lewis Hamilton Kritik Kesilapan Teknikal dalam Filem F1

Bruckheimer menghargai sumbangan Hamilton meskipun setiap butiran kadangkala menambah kos produksi filem. – Foto fail/Stadium Astro

Pemandu legenda Formula 1 (F1), Lewis Hamilton, menegur kru produksi filem kerana kesilapan teknikal, khususnya pelakon utama yang salah menggunakan gear ketika penggambaran di litar.

Sebagai penerbit bersama filem tersebut, pelumba Mercedes AMG Petronas itu menekankan pentingnya keaslian dan ketepatan dalam menggambarkan sukan F1, bagi memastikan pengalaman sebenar dapat dirasai oleh penonton.

“Lewis menonton sebahagian daripada filem ini dan memberi maklum balas tentang bagaimana pemandu sebenar melaksanakan tugas mereka. Penggunaan gear menarik perhatiannya kerana kami tidak menggunakan gear yang tepat,” kata penerbit filem, Jerry Bruckheimer.

Bruckheimer turut mengakui bahawa meskipun kritikan Hamilton kadangkala meningkatkan kos produksi, ia dianggap berbaloi demi menonjolkan fakta sebenar dunia F1.

Filem yang dibintangi Brad Pitt itu dijadualkan tayang pada 2025 dan bertujuan menjadi gambaran paling realistik mengenai dunia Formula 1, dengan sokongan besar daripada kepakaran Hamilton.

Related posts
Sukan

Terengganu FC Gagal Layak Ke Separuh Akhir ACC 2024/25 Selepas Kalah Kepada BG Pathum United

Safawi Rasid (kanan) meledak gol pada minit ke-93 dan menjaringkan gol kedua peribadinya selepas…
Read more
Sukan

Kemalangan di SIC: Jorge Martin Alami Patah Tangan dan Kaki

Jorge Martin terjatuh akibat hilang kawalan jentera semasa Ujian Pramusim MotoGP 2025 di Litar…
Read more
Sukan

Rashford Sertai Aston Villa Secara Pinjaman Hingga Akhir Musim

Rashford yang digugurkan daripada skuad United pada Disember pernah menjelaskan bahawa mahukan…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *