Hiburan

Konsert Judika & Siti Nurhaliza Meriah Dengan 24,000 Penonton

Konsert The Journey of Sound: Judika & Datuk Seri Siti Nurhaliza memang power! Stadium Merdeka dibanjiri dengan 24,000 penonton yang hadir seawal jam 3 petang, pada Sabtu

Konsert gabungan Siti Nurhaliza dan Judika, bertemakan putih dan denim, memukau penonton dengan lebih daripada 30 buah lagu yang dipersembahkan secara solo, duet, dan medley.

Siti Nurhaliza memukau dengan lagu-lagu seperti Siti Situ Sana Sini, Ku Milikmu, Bukan Cinta Biasa, Pastikan, Seindah Biasa, Kesilapanku Keegoanmu, Diari Hatiku, Bicara Manis Menghiris Kalbu, Hati Kama, Ya Maulai, Balqis, Percayalah, Azimat Cinta, dan Sejarah.

Judika pula mempersembahkan lebih daripada 10 lagu solo termasuk Bukan Rayuan Gombal, Sampai Akhir, Jikalau Kau Cinta, Mama Papa Larang, Aku Yang Tersakiti, Putus atau Terus, Mencari Alasan, Rindu Serindu Rindunya, Jadi Aku Sebentar Saja, Tak Mungkin Bersama, dan Cinta Karna Cinta.

10 Momen Menarik Sepanjang Konsert

  1. Penonton hadir mengikut tema pakaian putih dan denim.
  2. Sebelum masuk ke stadium, ramai yang menunaikan solat di Masjid Al-Sultan Abdullah Kuala Lumpur, sementara ada yang solat di kawasan perkarangan stadium.
  3. Faizal Tahir membuka konsert dengan lagu Mahakarya Cinta, Sampai Syurga, Santai, dan OK.
  4. Siti Nurhaliza dan Judika tiba dengan gaya, menaiki kereta GTR ke perkarangan stadium.
  5. Berlaku insiden kecil kebakaran melibatkan kotak bunga api di belakang skrin pentas, namun ia segera dikawal oleh pasukan bomba.
  6. Penonton diberikan LED wristband, menambah keindahan persembahan.
  7. “Geng OT” yang menonton konsert secara percuma dari bangunan berhampiran Stadium Merdeka mencuri perhatian Siti Nurhaliza.
  8. Tembakan bunga api menghiasi ruang Stadium Merdeka dan Menara Merdeka 118.
  9. Konsert berlangsung selama empat jam, berakhir sekitar jam 12.30 tengah malam.
  10. Hadiah cabutan bertuah mencuri tumpuan, dengan penonton bertuah membawa pulang sebuah kereta BMW dan skuter elektrik.

Siti Nurhaliza Beri Bayangan Konsert Solo

Dalam ucapan ringkas, Siti Nurhaliza memberi bayangan akan mengadakan konsert solo pada tahun depan.


“Konsert di Axiata Arena sebelum ini memuatkan 12,000 penonton, tetapi malam ini seramai 24,000 hadir. Alhamdulillah, terima kasih kepada semua. Kalau saya adakan konsert lagi tahun depan, ada yang akan datang?”

Konsert ini jelas menjadi satu kenangan manis, menggambarkan kehebatan kedua-dua bintang ini di pentas hiburan.

Related posts
Hiburan

Bersedekah dan Istiqfar: Pesanan Nora Danish yang Dikongsi Shahrulezad

Nora menitipkan pesanan terutama kepada kaum wanita agar perbanyakkan istiqhfar dan…
Read more
Hiburan

Nazim Othman Akui Gagal Jadi Suami Terbaik, Pilih Kekal Bujang

Nazim Othman menyatakan bahawa dia lebih rela kekal bujang daripada menyakiti hati…
Read more
Hiburan

Saif Ali Khan Pulih Selepas Diserang Pisau, Polis Tangkap Suspek Warganegara Bangladesh

Mengenakan kemeja putih dan seluar jeans biru, beliau sempat bergambar dengan paparazi sebelum…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *