Global

Donald Trump Angkat Sumpah Sebagai Presiden AS, Bersedia Untuk Terus Memimpin

Donald Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-47 di Washington pada hari Isnin. (Gambar: Reuters)

WASHINGTON: Donald Trump mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden pada Isnin, menandakan satu perubahan besar dalam pentadbiran Amerika Syarikat (AS) yang dijangka memberi impak besar kepada masyarakat Amerika dan dunia, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Saya, Donald John Trump, dengan ini bersumpah untuk melaksanakan tugas sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan setia, serta akan berusaha sedaya upaya untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Amerika Syarikat,” kata Trump dalam ucapan ringkas di Capitol AS.

Selepas majlis pelantikan, Trump dijadualkan untuk meninggalkan Capitol dan menuju ke Arena Capital One yang terletak berhampiran, di mana beliau akan menyampaikan ucapan kepada penyokongnya dalam satu perhimpunan yang turut menampilkan perarakan Presiden.

Related posts
SukanGlobal

KIM KARDASHIAN CURI PERHATIAN DI F1 SINGAPURA, HADIR SOKONG LEWIS HAMILTON

– Reuters – Selebriti dan usahawan terkenal, Kim Kardashian, menjadi perhatian…
Read more
ViralGlobal

JENNIFER COPPEN RAI KEMENANGAN INDONESIA, HANTARAN DIDAKWA SINDIR PEMAIN MALAYSIA

Pelakon Indonesia, Jennifer Coppen, menjadi perhatian selepas hantarannya di Threads didakwa oleh…
Read more
Global

Malaysia Tegas Tolak Pemindahan Paksa Rakyat Palestin

Malaysia secara tegas menentang sebarang cadangan pemindahan paksa rakyat Palestin dari tanah air…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *