
ISTANBUL: Beberapa jam selepas kembali memegang jawatan, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan pemecatan empat pegawai kanan kerajaan yang dilantik oleh presiden terdahulu, Joe Biden, lapor Agensi Anadolu (AA).
“Hari pertama kami di White House belum berakhir! Pejabat Personel Presiden saya sedang giat mengenal pasti dan menyingkirkan lebih 1,000 pegawai lantikan presiden daripada pentadbiran terdahulu yang tidak sehaluan dengan visi kami untuk ‘Menjadikan Amerika Hebat Kembali’,” kata Trump di platform media sosial Truth Social lewat Isnin.
Trump turut menegaskan bahawa “lebih ramai lagi” akan dipecat selepas itu.
“Jose Andres daripada Majlis Presiden untuk Sukan, Kecergasan dan Pemakanan; Mark Milley daripada Majlis Penasihat Infrastruktur Negara; Brian Hook daripada Pusat Wilson untuk Sarjana; dan Keisha Lance Bottoms daripada Majlis Eksport Presiden – ANDA DIPECAT!” katanya.