Viral

Lelaki ‘Payung’ Selawat Taslim Penuh Syahdu, Sambut Pengantin Berarak Ke Pelamin

Setiap orang yang hidup di atas muka bumi ini pasti memiliki kelebihan diri mereka masing-masing.Ada yang mempunyai bakat dalam melukis, ada juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan sebagainya.

Namun begitu, jika sudah dikurniakan bakat sedemikian, kita harus menggunakan bakat tersebut ke arah kebaikan dan menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

Seperti seorang lelaki ini yang memiliki bakat unik dalam berselawat dengan penuh keindahan setiap alunan bait yang dilafazkannya.

@namiktamin92

Selawat Taslim 5 Nov 23 di Majlis Walimatul urus.Tahniah kepada pasangan pengantin. Semoga kekal hingga ke akhir hayat. #bukitkapar #sollualannabi #permintaantuanrumah #bayarhutang #fypシ #berjuangberakhlak #cergasuntukberjuang⚔️⚔️

♬ original sound – Namek Tamin92 – Namek Tamin92

Perkongsian yang dikongsikan oleh lelaki itu yang juga pemilik akaun TikTok @namiktamin92 telah menarik perhatian ramai pengguna media sosial tersebut.

Berdasarkan perkongsian video muat naik tersebut, lelaki itu dilihat sedang berada di bahagian DJ sebuah majlis perkahwinan.

Beliau kemudian dilihat mengalunkan alunan selawat Taslim dengan penuh kesyahduan bagi menyambut pasangan pengantin.

Apa yang lebih menarik, lelaki yang hanya memakai baju t-shirt tidak berkolar dan seluar slack itu dilihat sangat santai.

Benarlah apa orang kata, jangan menghukum hanya dari melihat penampilan seseorang itu sebaliknya nilai seseorang itu dengan adab dan ilmunya.

Tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan itu juga hanya berdiam dan sesekali memandang ke arah lelaki yang mengalunkan laungan selawat tersebut.

“Selawat Taslim 5 Nov 23 di Majlis Walimatul urus.Tahniah kepada pasangan pengantin. Semoga kekal hingga ke akhir hayat,” tulis kapsyen video muat naik tersebut.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian video itu telah ditonton lebih 2.9 juta tontonan pengguna di media sosial tersebut.

Penonton juga dilihat meninggalkan komen mereka berkenaan video selawat tersebut.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Dah mcm dengar dekat Masjid Negara tau. Sedap,” tulis seorang netizen yang memuji.

“Merdunya suara, saya suka sangat bila ada kenduri kahwin ada Selawat Taslim Terbaik,” tulis seorang lagi netizen memuji.

“Terkejut tetamu, betul ke tu, pakai shirt biasa je tapi suara lunak dan merdu. Terbaik tuan,” tulis seorang lagi netizen.

Sumber: TikTok/@namiktamin92

Related posts
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more
ViralTempatan

PETRONAS Dinobat Jenama Minyak & Gas Terkuat Dunia 2024

PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kukuh Di Dunia Pada 2024 KUALA LUMPUR: PETRONAS…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *