Kesihatan

81% Kanak-Kanak Tidak Aktif: Penggunaan Skrin Jadi Faktor Utama

Suhazeli menyatakan bahawa penggunaan skrin yang berpanjangan sebagai rutin harian adalah salah satu faktor utama yang menyumbang kepada gaya hidup pasif dalam kalangan kanak-kanak.

Sebanyak 81 peratus kanak-kanak tidak mengamalkan gaya hidup aktif. Menurut Dr. Suhazeli Abdullah, seorang pakar perubatan keluarga, penggunaan skrin yang berpanjangan sebagai rutin harian adalah salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kadar tinggi ini.

“81 peratus kanak-kanak tidak aktif. Antara faktor yang saya lihat adalah faktor media sosial.

“Apabila seseorang tidak menjalani gaya hidup aktif, akan berlaku kesan-kesan pada masa-masa tertentu sehingga memerlukan doktor untuk mengatasinya; kencing manis, darah tinggi dan kanser,” katanya.

Beliau menyatakan hal tersebut semasa program Dialog Tiga Penjuru pada hari Khamis. Suhazeli juga berkongsi hasil tinjauan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyatakan bahawa 31 peratus daripada orang dewasa di seluruh dunia tidak menjalani gaya hidup aktif.

Angka tersebut dijangka meningkat kepada 35 peratus menjelang tahun 2030. Beliau juga menyuarakan kebimbangan berdasarkan tinjauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menunjukkan generasi muda mengalami gangguan mental yang boleh menghalang mereka daripada mengamalkan gaya hidup aktif.

“Lebih membimbangkan lagi, daripada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS), ada beberapa fakta penting. Antaranya, jumlah kes kemurungan meningkat dua kali ganda berbanding pada 2019, yang berusia bawah 30 tahun.

“Ini bermaksud mereka ini merupakan golongan aktif dan produktif yang sepatutnya membantu meningkatkan produktiviti dalam negara. Ini fakta yang perlu membuatkan kita rasa bimbang,” ujarnya.

Related posts
Kesihatan

Tahap Kesedaran Kanser Serviks di Malaysia Masih Rendah, Kata LPPKN

Tahap kesedaran yang rendah itu berpunca daripada beberapa faktor, termasuk stigma takut dan malu…
Read more
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more
KesihatanUmum

Tanduk bola tingkat risiko pemain bola sepak alami demensia - Kajian

Penyelidikan mendapati pemain bola sepak adalah tiga setengah kali lebih berkemungkinan mati akibat…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *