Viral

Donald Trump Gunakan Imej AI Palsu Swift Untuk Tarik Pengundi

Swift (kanan) pernah mengkritik Trump dalam dokumentari yang diterbitkan pada tahun 2020. (Gambar: Reuters)

Donald Trump menggunakan imej palsu bintang pop Taylor Swift yang dihasilkan melalui teknologi AI untuk merayu orang ramai mengundinya dalam pilihan raya November ini.

Entri calon Republikan tersebut di Truth Social memaparkan Swift berpakaian dengan warna bendera Amerika Syarikat, disertai kapsyen “Taylor Swift Mahu Anda Mengundi Donald Trump”.

Swift tidak pernah menyatakan sokongan secara terbuka terhadap mana-mana calon dalam pilihan raya kali ini, tetapi telah mengakui menyokong Demokrat dalam pilihan raya sebelum ini.

Penyanyi itu menyokong Presiden Joe Biden dan Kamala Harris pada tahun 2020. Swift juga pernah mengkritik Trump dalam dokumentari yang diterbitkan pada tahun 2020. Pihak Swift belum memberikan sebarang reaksi mengenai perkara ini.

“Swifties For Trump adalah gerakan besar-besaran yang berkembang setiap hari,” kata jurucakap kempen Trump, Steven Cheung dalam satu kenyataan apabila diminta mengulas isu penggunaan imej palsu Swift.

Aktivis dari industri muzik, Hollywood dan Washington sebelum ini telah mendesak pelaksanaan undang-undang persekutuan untuk menentang penggunaan imej palsu yang dihasilkan oleh AI dalam talian.

“Tindakan Trump adalah satu lagi contoh bagaimana kuasa AI digunakan untuk mengelirukan dan memberi maklumat yang tidak tepat.

“Potensi kemudaratan kepada masyarakat yang boleh berpunca daripada maklumat yang salah, termasuk dalam pilihan raya, adalah sangat teruk,” kata kumpulan aktivis awam, Public Citizen.

Related posts
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more
ViralTempatan

PETRONAS Dinobat Jenama Minyak & Gas Terkuat Dunia 2024

PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kukuh Di Dunia Pada 2024 KUALA LUMPUR: PETRONAS…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *