
Seperti yang diketahui, selepas membuat dakwaan mengenai bekas suami Fattah Amin, di luar mahkamah setelah perceraian sah, pelakon Fazura telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen.
Kebanyakan netizen berpendapat bahawa tindakan Fazura itu tidak sepatutnya dilakukan kerana ia seolah-olah mendedahkan aib Fattah.
Menurut laporan, kebanyakan peminat meluahkan kekecewaan terhadap sikap aktres tersebut.
Sebelum ini, Fattah dan Fazura telah disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari dua hari lalu.
