Viral

PU Azman Dijatuhi Hukuman Penjara 24 Tahun atas Kes Amang Seksual

“Mana yang duk kata Caprice fitnah PU sebelum ini?” – Setelah dikecam kerana dianggap membuka aib, Caprice bersuara selepas PU Azman dijatuhi hukuman penjara.

PU Azman hari ini dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan setelah didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki dua tahun lalu.

Seperti yang diketahui ramai, Caprice merupakan salah satu individu yang berani bersuara mengenai isu ini dan memperjuangkan nasib mangsa, namun dia dikecam kerana didakwa membuka aib.

Terbaru, melalui hantaran di Instagram, Caprice meminta mereka yang menuduhnya membuka aib untuk memeriksa ‘track record’ pendedahan yang telah dibuatnya.

Menurut aktivis kemanusiaan ini, sehingga kini empat kes yang dinyatakan olehnya telah mendapat perhatian pihak polis dan keadilan di mahkamah.

Sementara itu, banyak komen yang menyokong Caprice dan mengucapkan terima kasih kepadanya kerana lantang membincangkan isu-isu berkaitan jenayah seksual yang melibatkan individu terkenal.

Sebahagian netizen mengkritik mereka yang masih menyokong PU Azman dan tidak memikirkan nasib serta trauma yang dialami oleh mangsanya.

Related posts
Viral

Khabib Nurmagomedov Dikeluarkan Dari Penerbangan

Khabib Nurmagomedov. Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov telah dikeluarkan dari penerbangan…
Read more
KesihatanViral

hMPV: Jangkitan Bermusim, Tiada Keperluan untuk Amaran Awam atau Panik

Gambar hiasan Tidak perlu amaran awam atau panik mengenai Human Metapneumovirus (hMPV) kerana…
Read more
ViralTempatan

PETRONAS Dinobat Jenama Minyak & Gas Terkuat Dunia 2024

PETRONAS Diiktiraf Jenama Minyak & Gas Paling Kukuh Di Dunia Pada 2024 KUALA LUMPUR: PETRONAS…
Read more

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *